Skip to content

Mencari & Tercari-cari

October 21, 2009

              Bila dah ada kamera, banyak la pulak subjeknya. Dalam untuk menguatkan kebolehan, mengasah bakat, buku atau bahan bacaan telah menjadik teman sejati aku. Daripada bahan bercetak hinggalah kepada bahan daripada ‘laman sesawang’ aku jelajah, dan perkara tersebut aku lakukan hingga ke hari ini. Antara buku yg menjadik pilihan aku ialah Digital Camera dan Digital Photography. Makin banyak yg dibaca makin pening  aku…. :D. Tetapi sekurang-kurangnya aku telah memahami beberapa perkara asas dalam bidang fotografi. Teknik pencahayaan, framing, composition dan exposure makin lekat di kepala. Disamping itu juga aku banyak belajar secara praktikal…. malu?? Memang pada mulanya agak kekok… tetapi bak kata pepatah ‘malu bertanya sesat jalan’. Antara yang menjadik tempat rujukan aku ialah Sdr Shamsuddin Safian, Sdr Shahrin Shaari dan juga rakan chatting yg  entah di mana lokasinya…. :D. Tapi itulah yg dinamakan teknologi, kita boleh belajar antara 2 benua, tanpa sempadan dan yg paling penting tanpa bayaran!!!!!

             Pada awalnya aku aku dinasihatkan, agar mendalami bidang fotografi yang aku suka. Ermm payah nak pilih dalam bab ni sebab semuanya aku suka. Dari sehari ke sehari secara tidak sedar aku banyak medalami bidang portraiture. Sejak dari itu aku mula mendekati diri dengan majlis kenduri kahwin, pantang di ajak mesti aku sampai dan hasilnya aku tunjukkan kepada org yang lebih pandai dari aku. Aku tak kisah walaupun hasilnya teruk, walau aku dikutuk, walau aku digelak ketawa kerana aku percaya tiada jalan mudah utk berjaya dalam bidang fotografi dan ini adalah salah satu caranya utk berjaya. Semuanya aku ambil secara positif sebab aku baru menjadi buah yg muda dalam bidang ini.

Azman Saad
Creative Photographer
Voice  : 013 443 8885
Mel     :
sindorawarna@yahoo.com
Web    : http://sindorawarna.fotopages.com

IMG_1410

IMG_1421

IMG_1422

IMG_1447

IMG_1451

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: