Skip to content

Pengalaman Itu Penting…………

October 27, 2009

          Bila kita kekurangan pengalaman, macam-macam dugaan kita tempuh. Bermacam-macam masalah yang datang, aku juga tak terlepas dari keadaan sebegini… :D. Cara kita menangani amat penting, tak usah kelam kabut atau huru-hara.. hehehe tak manis dipandang orang. Pernah satu ketika, aku menjadi keliru tak tahu apa yang nak dilakukan… hahaha… :). Ketika itu ada job aku pada peringkat permulaan, aku cuba untuk menjadik cool sebolehnya supaya client aku tak perasan. Fikiran aku pada waktu itu cuba mengingati setiap apa yg aku pernah baca dan belajar.. hahaha semakin aku mencuba semakin huru-hara dibuatnya. Percaya atau tidak, ketenangan adalah segala-galanya, merubah segala-galanya.

         Sejak daripada itu, persiapan adalah amat penting bagi aku sebelum memulakan sesuatu kerja. Cuba menilai seawal yang boleh dari segi karekter, perjalanan majlis (aturcara jika ada), siapa yg terlibat dan yang paling mustahak aku akan cuba rancangkan perjalanan kerja aku. Bermula dari peringkat awal, peak time dan juga slot-slot terakhir semuanya aku akan cuba atur serapi yang boleh. Aku juga akan cuba membuat back-up plan jikalau ada masalah yang timbul pada saat-saat akhir. Tetapi kita hanya merancang…. ALLAH juga yang menentukan. Masalah adalah sesuatu yang normal, bergantung kepada kita macam mana untuk menghadapinya. PENGALAMAN ITU PENTING bagi aku memang tepat. Agak sukar untuk menimba pengalaman…???? Pada mulanya aku juga berpandangan sedemikian. Tapi kata bijak pandai… “kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam usah diduga”…. ada satu lagi…. “kalau tak sudi mencari, sekian lama tak ketemu”. Aku banyak melihat, membaca, belajar dari orang yang aku anggap lebih pandai dari aku. Nama-nama seperti Shamsuddin Safian, Sharin Shaari dan Azrul Sham adalah tak asing bagi aku. Karya-karya mereka sentiasa aku lihat. Kekadang tanpa rasa malu aku meminta tunjuk ajar dari mereka.

         Sedikit demi sedikit aku makin selesa dengan keadaan aku. Setiap hari aku sentiasa cuba untuk mengasah mata, menajamkan tumpuan untuk mencari sudut-sudut dan komposisi terbaik bagi aku. Gambar-gambar orang yang lebih baik dari aku, aku jadikan sebagai panduan untuk berkarya. Lama kelamaan benda sebegini sudah menjadi kebiasaan. Mencari kelainan pula yang menjadi sasaran aku.

IMG_0014IMG_0050IMG_0173IMG_0083IMG_0287IMG_0182

Azman Saad
Creative Photographer
Voice  : 013 443 8885
Mel     : sindorawarna@yahoo.com
Web   : http://sindorawarna.fotopages.com
“Saat Indah Berkekalan”

 

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: