Skip to content

Kompang

April 20, 2011

Setiap kali menghadiri majlis perkahwinan samada untuk sesi fotografi ataupun dijemput, permainan kompang pasti akan mencuri perhatian. Permainan ini seakan-akan sudah mula dilupakan. Terdapat juga di sesetengah majlis hanya bunyi kompang yang dimainkan menggunakan sistem audio. Kompang ialah sejenis alat muzik tradisional yang paling popular bagi masyarakat Melayu dan juga berakait rapat dengan majlis perkahwinan. Kulit kompang biasanya diperbuat daripada kulit kambing. Alat muzik ini dipercayai berasal dari tanah Arab dan tiba di tanah Melayu pada zaman kesultanan Melayu Melaka. Kompang biasanya berukuran enam belas inci ukur lilit dan ditutup dengan kepingan kulit pada sebelah permukaan. Ia mempunyai bukaan cetek dan dimainkan dengan memegang dengan sebelah tangan sementara dipalu dengan sebelah tangan yang lain. Paluan kompang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu paluan tradisi dan paluan moden ataupun kreatif. Paluan tradisi adalah paluan di mana memukul kompang sambil menyayi ataupun bersyair dalam versi Arab ataupun bahasa Melayu klasik. Manakala paluan moden pula di mana paluan tersebut diselitkan dengan gerakan ataupun tarian.

 

Azman Saad
Creative Photographer
Voice : 013 443 8885
Mel : sindorawarna@yahoo.com
‘Saat Indah Berkekalan’

Advertisements
No comments yet

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: