Skip to content

Memberi yang terbaik

February 1, 2010

            Telah menjadi satu cabaran yang besar bagi aku apabila aku sering melihat karya-karya mereka yang lebih arif dari aku dalam bidang ini. Antaranya Sdr Sham Safian, Sdr Azrul Sham, Sdr Udey Ismail dan banyak lagi adalah contoh yang terbaik bagi aku dalam bidang ini. Karya-karya mereka adalah panduan yang terbaik bagi aku untuk bekarya. Aku perlu membuat ‘trademark’ aku sendiri dalam bidang ini. Mencari kelainan adalah satu cabaran yang harus aku tempuhi. Latihan demi latihan secara praktikal dan teori adalah sesuatu yang wajib dilakukan.

             Bila kita berkarya, kita tak boleh lari dari melakukan kesilapan. Kesilapan adalah sesuatu yang normal, yang paling penting bagaimana cara kita untuk memperbetulkan kesilapan dan tidak mengulanginya dimasa hadapan. Kita seharusnya belajar dari kesilapan. Di dalam cubaan untuk memberi yang terbaik kepada pelanggan, komunikasi dengan pelanggan adalah penting. Mewujudkan suasana yang selesa semasa bekerja, mesra dengan pelanggan dan juga cuba memahami kehendak pelanggan perlu diutamakan. Di dalam bidang fotografi ini kita tidak boleh bekerja secara seorang diri, kerjasama antara pelanggan/subjek dan photographer perlu diutamakan untuk mendapatkan hasil yang terbaik.




Azman Saad
Creative Photographer
Voice  : 013 443 8885
Mel     : sindorawarna@yahoo.com
Web   : http://sindorawarna.fotopages.com
“Saat Indah Berkekalan”

No comments yet

Leave a comment